Sunday, May 19, 2013

Dzulkefli's Daughters PART 3

Assalamualaikum...
Di sebabkan kebosanan di petang-petang weekend ni, jadinya memang bosan la kan..Jadinya kami dua beradik pon pergilah meng"glamer"kan diri kami di sekitar empangan Putrajaya.. check this out...~




MMmmm I can feel the wind~

"Stylo tak I??" kate adik I dalam hati..hahaha




Terkejut yang tidak ikhlas...


Charismatic katanya..






Berangan jadi princess kejap..hehe

Cium bau pun jadilah..


Ok thats all from me..thanks for watching...bubye n wassalam..~

Saturday, May 18, 2013

Gu Family Book (SUMMARY)




Title: 구가의 서 (九家의 書) / Googauiseo
Also known as: Ancient Medical Book / The Writings of Nine Houses / Book of the House of Gu / Kang Chi, the Beginning
Genre: Fantasy, human, melodrama, historical, romance
Episodes: 24
Broadcast network: MBC
Broadcast period: 2013-Apr-08 to 2013-Jun-25
Original Soundtrack: Gu Family Book OST



SYNOPSIS
A melodrama epic about the great deal of trouble Choi Kang Chi, born as a half-human-half-mythical-creature, who goes through in order to become human and a story of Choi Kang Chi’s journey of struggling in order to live more like a human than anyone else despite not being able to become human.
Choi Kang Chi (Lee Seung Ki) was raised by the Choi family after having been picked up from the river. Choi Kang Chi is the son of Goo Wol Ryung (Choi Jin Hyuk), the guardian spirit of Jiri Mountain, and Yoon Seo Hwa (Lee Yeon Hee), his human mother. Kang Chi is an outspoken character who’s full of curiosity. He realizes that he’s a half-human-half-beast through a certain incident and starts living his second life.
Dam Yeo Wool (Bae Suzy) is a master of martial arts and archery. Yeo Wool is an upright character who really values the Three Bonds and Five Relationships in Confucianism, and becomes an instructor at a martial arts center at a young age.
Kang Chi's Biological Parents
Extended Cast

(Source from dramawiki)

Family Outing

Assalamualaikum...
OK u ols..jgn terkeliru dgn rancangan Family Outing yang Lee Hyori, Jaesuk dan sebagainya ye...sebab memang tiada kaitan mahupun pertalian tidak kiralah yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia...

Pada tanggal 18 May 2013 yang mana I dan adik beradik I telah meng"outing"kan diri kami kerana hendak menbeli baju raya dan TV raya (mmm macam pelik je bunyinya???) Ok takpelah buat-buat lah faham ye...hehehhehe


Penasihat Fesyen kami..hahahaha

Yang menariknya, tidak di sangka-sangka masa lepas shopping kat Wisma Jakel Shah Alam bertembung pula dengan kembar I yang tidak serupa...mmm mungkin nama je yang lebih kurang kot....hahahaha She is MARIA ELENA...!!! kenal ke tidak???


Kalau kenal takpe lah...tapi bagi yang tidak mengenali...pandai-pandai la korang kenal sendiri ye..
She is damn cute, cool and very very very kind...so don't hesitate to "tegur tegur"  if u meet her because she is really friendly...

Kemudian kami terus mencari TV di Harvey Norman di Paradigm Mall...1st time masuk, Exited la juga nak pergi sana sebab semua orang asyik bercerita pasal Paradigm Mall kan..huhuhu






OK..Thats all...see next entry...bubye!!~~~~~


Sunday, May 12, 2013

Aku hanyalah sepasang baju

Kisah ini tiada kaitan dengan sesiapa,
Hanyalah kisah rekaan semata-mata,
Tuan ku telah membeli ku di sebuah pasaraya,
Tanpa memikir apa gunanya..

Tuan ku hanya tahu membeli saja,
Ingatkan nak bertunang, berkahwin tapi boypren pun tiada,
Hanya kerana melihat ku cantik sahaja,
Terus di capai tanpa soal bicara...

Aku di buat dari kain lace berjela,
Dipadankan dengan kain peach bergaya,
Sangat cantik di pakai di majlis tertentu sahaja,
Oh Tuan ku pakai lah aku cepat-cepat ya...!!!!~

Haaa nah hambek kau...
Sekian dari Aku hanyalah sepasang baju ~

Saturday, May 11, 2013

Perhentian Island, Terengganu

Assalamualaikum smuaaa...
hello hello hello di sebabkan kesibukan kerja, blog I ni di biarkan ibarat mmmmmmm...(no idea, ok fine)
Kali ini I nak berkongsi pengalaman percutian I pada 190413 hingga 210413 di Terengganu, Pulau Perhentian..sebuah pulau cinta kura2..(y paham je akn terus memahami, y tak paham silalah abaikan..)hahahahaha

Sebelum I ceritakan dengan lebih lanjut, di sini I nk perkenalkan teman2 pulau I Dijah, Kak Lin, Lily, Syami dan Fini...Di sebab kereta ada 1 je, jadinya I, Dijah, Syami dan Fini je naik kereta, yang selebih nya menaiki bas....

Perjalanan kami pada awalnya berjalan lancar, mana tak lancar sebab I tidur je..hahaha tapi pada waktu lebih kurang dekat 6 pagi, di sebuah selekoh yang gelap dan berpasir, kereta yang di bawa hilang kawalan dan KEDEBUSHHHHH...ok2 tak ade kemalangan jiwa mahupun kecederaan berlaku di sini hanya kereta sahaja mengalami kecederaan kecil..apa-apa pun Alhamdulillah di ucapkan kerana tanpa kuasa Allah yang mengada kan besi di sebelah kiri tayar hadapan, kemungkinan besar kami dah masuk dalam anak sungai yang ketinggiannya melebihi 4 meter (sebenarnya ak tak tau kira2 ni, sebab tu math fail) hahahaha


Sorry gamba agak blur, jadi ni la situasi yang terjadi sebenarnya..

Ok ok lupakan seketika pasal kemalangan tu..sebab kalau nak cerita pasl kemalangan, baik I xpayah post pasal perhentian kan???hahaha

Jadi sesudah kami sampai di Jeti Kuala Besut kami menjamu selera di warung, serius nasi kerabu yang I mkn tu, sangat sedap OK!!..dan kami meneruskan perjalanan menaiki bot yang agak lajunya mengalah kan kereta ferrari (nampak benoor nipunya, keluor dah peghak teman)..

Ok di sebabkan I malas nak taip2 ni, jom tengok gambar2 kami sepanjang berada di sana....~

Air laut di sekitar jeti..

Dijah dan DSLRnya, terus lupakan kamera note 2 nya..hahaha

Area Pulau Perhentian besar..

Perjalanan bot memakan masa lebih kurang 40 mnit, dan kami telah menginap di salah sebuah guest house di Pantai panjang (pehal buruk je bunyi nye) @ Long Beach di Perhentian Kecil..


Setelah sampai di bilik dan membaring sambil merehatkan diri sebentar, kami memulakan aktiviti kami dengan meredah hutan mencari makan tengahari di Coral Bay..

Tetiba keluarlah se tin Coca Cola di tengah2 hutan..hahaha memang TAK la..pegi la mintak kat makcik  kedai makan tu...

I??? I menikmati orange juice yang di letakkan bersama2 hampas orange(dier xtapis) di panas tengahari.. tapi sangat freshie ok!!!~
Pemandangan d tengahari buta (tengahari ada mata ke?) tapi waktu ni sebenarnya menunjukkan pukul 3 lebih..dah masuk petang sebenarnya..lalalalala
Mari I perkenalkan awek2 y ala2 thomey2 gwiyomi..dari kiri Lily the maknae, Syami the charismatic, Diejah the prettiest, Kak Lin the unnie, Fini the vocalist (ni smua bajet artis korea belaka ni..ahahahah) I??? I manager, low profile, xberbakat macam mereka..hahahahaha

View at Coral Bay..

Setelah penat memenatkan diri dgn berlari mendaki berjalan memakan bergambar dan menari ...dgn itu kami mengisytiharkan untuk pulang ke Long Beach...sbb diorg ni nak mandi laut...hanya I dan lily je xnak mandi...sbb kami nak bajet hot dengan buat catwalk di sepanjang pantai panjang tu...hahahaah




Nelayan muslimah..hahahahaha

Peta yang sempat I lukis..mmmm ?????

Setelah penat bermain air dan macam2 lagi di sepanjang hari ini, kami pulang kembali ke guest house utk mnunaikan janji kepada Allah pula..bercuti, cuti gak...sembahyang jangan sesekali tinggal... pd malam tu kami kluar untuk menjamu selera di Bob Marley cafe, ChillOut cafe yang mknan ny mmmm sedap lg kalau I y masak.. (sorry I tak bawa kamera malam tu..)

Keesokannya...

Pagi-pagi lagi the maknae Lily telah mengejutkan kami untuk Subuh...dengan adanya Lily, kami tidak lg memerlukan alarm..sbb alarm dia jer telah menggegarkan bilik..hahahaha Selesai mengSubuhkan diri, kami terus menikmati Sunrise...

SubhanAllah..Like a painting..Allah's creation that we cannot deny..

Forget this person, just enjoy view at the back...hahaha

Penyu yang terdampar kaku...


Prove that I was here..

Kemudian kami kembali sebentar ke bilik untuk baring2 dan duduk2 sambil membalun roti2 yang ada, sebelum meneruskan aktiviti snorkeling...


Ikan duyung yang sempat buat aksi peace YO!!!~




SubhanAllah..selama ni penyu, gamat, batu karang dan semua habitat laut I hanya tonton di Dokumentari je, tapi melihat dengan mata sendiri tersangat2 indah dan ianya tak dapat nak luahkan dengan kata2...

Setelah penat bersnorkeling dan mnjadi duyung serta dugong...kami di bawa makan tengahari di Perhentian Besar...mmmm sdap nasi kukus dier..Alhamdulillah...thanks Makcik...hehehehe



Penemuan luar biasa..gamat telah mnemui sahabat lamanya Syami...Tahniah di ucapkan...

Setelah tamat bersnorkeling dan menyelam menikmati keindahan alam laut ciptaan Tuhan, kami pulang ke bilik untuk menikmati air pili plak...lebih kurang pukul 5, kami telah memulakan aktiviti hiking dengan memakai selipar menuju ke kincir angin atau bagi yang tak paham Bahasa Melayu..Windmill namanya..

Perjalanan yang memakan masa hampir 20 minit amat2 lah memenatkan, ibarat jogging selama sejam.. sebelum ni jantung I tak la laju semacam ni...mungkin faktor usia agaknya...huhhh~



Syami sgt aktif, tak tao la saka apa yang dier bela..orang lain semua tercungap2, dier boleh berlari2 lagi..

Sesampai kami di puncak..SubhanAllah...jujur I cakap, walaupun kita sering di tunjukkan kehebatan Pulau Jeju (walaupun tak pernah pergi, tp kalo peminat kpop mesti tao) Serius terasa macam kat sana..Tak rasa cam kat Malaysia pon..hehehe

Windmill on the top..


Great scene and view..Proud to be Malaysian

Gambar album terbaru kami yang berjudul Beautiful Beach(ni kalo tersalah pronounce bole jadi B****..)..Lupe plak, nama kumpulan kami Generasi Gadis..Single terbaru plak, BTBO hahahaha serius rs nak penampor sorang2 kecuali I la...


Setelah selesai menikmati keindahan bumi Malaysia ciptaan Tuhan, kami meneruskan aktiviti Jalan-Jalan Cari Nasi paprik dan Air tembikai...hehehe

Apa pandang2 bang, saya tau la muke saya macam Yoona...


Sungguh romantik dinner malam tu kerana di simbahi cahaya lilin menghadap laut..huuuuuu~

Baik ngaku kasut kepunyaan sapa ni???

Malam tu sepatutnya kami menyaksikan penyu bertelur, tapi disebabkan penyu2 yang naik tu membatalkan hasratnya nak bertelur bila tengok kami, dengan itu kami mengambil keputusan untuk pulang ke bilik...

Keesokan hari, sekali lagi kami menikmati matahari terbit dan brjalan2 ke jeti....~


Source of Vitamin E


Posing ala2 Titanic gitu...


Penemuan ajaib di mana kami terjumpa Garfield di Pulau Perhentian..

Lebih ajaib apabila Garfield membisik pada aku "sudikah Mariea mnjadi teman hidup ku???" lalu aku menjawab "Maaf Garfield, aku hanya mencintai manusia sahaja..tuuuuu Top Big Bang"... Lalu Garfield berlalu pergi dengan perasaan kecewa..

Kemudian kami meneruskan perjalanan mencari breakfast pula...dimana berbagai2 hidangan yang kami minta termasuk Western, Italian, mahupun Malaysian... mmg 1 WORLD betul...



Bergambar bersama2 kanak pulau...

Setelah itu kami bersiap2 mengemas, mandi sebelum bergerak pulang ke Jeti Kuala Besut...

Opsss wuuuuu mmmmm GEDIX...~


Artis yang sedang berposing

Alhamdulillah percutian kami sepanjang di sana berjalan dgn lancar dan di penuhi dengan kenangan2 manis lagi indah gitu...hehehe Pape pon terima kasih kepada semua rakan, abang2 n kakak pulau dan lain2...
Rasa macam dalam mimpi dan kalo bole tak nak balik pon ada,rasa macam nak tinggal lagi sehari...hehehe

Jadi setakat ni sahaja kisah I serta rakan2 I di Perhentian, nanti kami dtg lagi...Insya'Allah...Maka saya sudahi dengan ...

Wabillahi Taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.